Bedah Buku Pertelingkahan Politik dalam Kalangan Para Sahabat الخلافات السياسية بين الصحابة karangan Dr. Mohamed El-Moctar Shinqiti – Bahagian II

March 12, 2019

Tarikh: Sabtu, 16 Mac 2019
Jam: 11AM-1PM
Tempat: Graha Pemuda, Sri Hartamas, Kuala Lumpur
Pembicara: Thufail Sayuti

Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/bedah-buku-pertelingkahan-politik-dalam-kalangan-para-sahabat-karangan-dr-mohamed-el-moctar-tickets-58620215643

Dalam wacana pemikiran sunni berkait sejarah pertelingkahan politik di kalangan para sahabat, Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah merupakan antara tokoh yang paling berpengaruh dalam mencorak naratif baharu dalam memahami sejarah yang bergolak ini. Bertitik tolak daripada metodologi beliau yang berpandu dan mendahulukan prinsip politik dalam Islam, beliau mengulas sebagai contoh berkaitan legitimasi pemerintahan khulafa’ ar-rāsyidūn sebagai “pilihan rakyat” dan telah mendapat persetujuan majoriti daripada mereka.

Kata beliau: “Jika para sahabat (rakyat jelata) tidak bersetuju dengan pilihan Abu Bakar untuk menyerahkan kekuasaan kepada ‘Umar, sudah pasti ‘Umar tidak akan menjadi pemerintah. Sekalipun di saat Abu Bakar bersama sekumpulan sahabat yang lain telah berbai’ah kepada ‘Umar, tetapi jika kebanyakan sahabat menolak untuk berbai’ah kepada ‘Umar, nescaya ‘Umar tidak akan menjadi pemerintah dengan perkara tersebut. Akan tetapi ‘Umar menjadi pemerintah disebabkan oleh persetujuan dan bai’ah majoriti rakyat.”

Namun di sana terdapat seorang lagi ulama yang lebih berpengaruh daripada Ibn Taimiyyah dalam pemikiran sunni iaitu al-Qadhi Abu Bakr Ibn al-‘Arabi. Ketika mengulas berkenaan legitimasi pemerintahan khulafa’ ar-rāsyidūn, beliau membawa naratif yang agak berbeza berbanding Ibn Taimiyyah apabila beliau mendahulukan pilihan seorang dua individu berbanding masyarakat kebanyakan.

Kata beliau: “Seseorang khalifah itu dilantik apabila dibai’ah oleh seorang atau dua orang. Dan sesiapa yang berbai’ah setelah mereka kepada seseorang yang lain, maka bai’ah tersebut telah terbatal, dan ia terpaksa tunduk dengan pilihan tersebut dari sudut syarak.”

Dua naratif inilah yang masih mempengaruhi wacana dalam kalangan sunni berkaitan pertelingkahan politik di kalangan para sahabat ini. Persoalan yang lebih penting ialah bagaimana masyarakat Muslim moden menghalakan perbincangan ini kepada sebuah wacana yang lebih maju dan segar, bukan wacana destruktif yang memecahbelahkan lagi Kaum Muslimin pada hari ini.

 

Tentang Pengarang
Dr. Mohamed El-Moctar Shinqiti ialah Assoc. Prof. dalam Etika Politik di Center for Islamic Legislation and Ethics (CILE), Univ. Hamad Ben Khalifa, Doha, Qatar. Bidang kajian yang menjadi perhatian beliau ialah pemikiran dan etika politik Islam, pembaharuan agama dan sejarah sekte dalam masyarakat Muslim. Beliau memperoleh PhD dalam sejarah agama daripada Universiti Texas, Amerika Syarikat mengenai “Kesan Perang Salib Terhadap Hubungan Sunni-Shiah”. Kini beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar sejarah dan falsafah agama di Fakulti Pengajian Islam Qatar (QFIS), Universiti Hamad Ben Khalifa, Doha, Qatar. Beliau pernah menjadi pensyarah dalam bidang tafsir dan tatabahasa Arab di Universiti al-Iman, Yemen, Kesusasteraan Arab di Universiti Terbuka di Virginia, Amerika Syarikat, dan Agama-agama di dunia di Universiti Qatar.

Kebanyakan buku dan artikel beliau telah diterjemah dan diterbitkan dalam Bahasa Turki, Albania, Bosnia dan Parsi, dan sedang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Beliau sering menyumbang kepada saluran TV al-Jazeera sama ada sebagai tetamu yang diwawancara, atau menyumbang dalam bentuk penulisan dalam laman sesawang al-Jazeera. Antara karya beliau ialah: “al-Khilāfāt- al-Siyāsiyyah bayn al-Sahābah”, “Khīrat al-‘Uqūl al-Muslimah fī al-Qarn al-‘Isyrīn”, “Muhammad ‘Abd Allāh Dirāz, Faylasūf al-Qur’ān al-Karīm” dan lain-lain lagi.

 

Program

11AM-1110PM: Pengenalan oleh Pengerusi, Ahmad Muziru Idham
1110AM-12PM: Pembentangan oleh Muhammad Thufail Sayuti
12PM-1PM: Perbincangan
1PM: Solat dan makan tengahari

Dianjurkan oleh: Islamic Renaissance Front




View original article at: https://irfront.net/post/events/bedah-buku-pertelingkahan-politik-dalam-kalangan-para-sahabat-%d8%a7%d9%84%d8%b5%d8%ad%d8%a7%d8%a8%d8%a9%d8%a7%d9%84%d8%b3%d9%8a%d8%a7%d8%b3%d9%8a%d8%a9-%d8%a8%d9%8a%d9%86-%d8%a7%d9%84%d8%ae%d9%84/