Seminar Pemikiran Reformis – Siri XVII Rashid Rida

October 7, 2019

Date: Sabtu, 19 Oktober 2019

Time: 930AM – 530PM

Venue: Patio 2 Level 2, Concorde Hotel, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur

 

Ucaptama oleh

Al-Fadhil Dato’ Wira Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

Al-Ittihaad al-'Aalami li' Ulama'i al-Muslimin

 

Panelis:

Dr M Faisol Fatawi, Universitas Islam Negeri Malang, Indonesia

Dr Sohirin Muhammad Solihin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dr Azhar Ibrahim, National University of Singapore

 

Moderator:

Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa, Islamic Renaissance Front

  

Anjuran:

Islamic Renaissance Front & Islamic Staff Association, International Islamic University Malaysia

 

Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-xvii-rashid-rida-tickets-75629779707

 

Sayyid Muhammad Rashid Rida, yang mempunyai susur-galur Ahlul Bayt daripada jalur al-Hussain, dan riwayat perjuangannya sebagai pembangun pemikiran moden Islam, dapatlah dipahamkan daripada pandangan hidup Jamaluudin al-Afghani dan Muhammad Abduh, dan sifat perjuangan dan idealisme perubahan dan fikiran-fikiran baru yang cuba digembleng dan digulirkan mereka, sebagai disimpulkan Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup dengan katanya:

“Sayid Jamaluddin Al-Afghani tidak berapa dikenal orang, kalau bukan Muhammad Abduh mengupas ajarannya. Dan Muhammad Abduh sendiri, baru dikenal dunia setelah ajaran-ajarannya dikupas oleh muridnya Sayyid Rashid Rida, selama 40 tahun lamanya.”

Pola pemikiran yang diilhamkan al-Afghani dan Abduh telah memberikan dampak yang berpengaruh dalam memperkukuh dan menguatkan keyakinan Rida dalam mengembangkan ajaran dan pandangan moden yang diilhamkan mereka, di mana: “jika bukan karena Rida melalui majalah al-Manār, sebahagian besar pemikiran Abduh pasti sudah hilang dan idea-idea pembaharuan berikut riwayat hidupnya banyak yang tidak diketahui lagi.”

Dalam melanjutkan rencana Abduh, Rida berusaha menguatkan prinsip rasional yang dikembangkannya dan idealismenya yang menekankan asas-asas kebebasan dan ijtihad. Persoalan-persoalan asas yang dibahas dan dirumuskannya ini menzahirkan pengaruh filsafat rasional dan kalam yang mempengaruhinya – terkesan dari tradisi pemikiran mu'tazilah, di mana“ di dalam teologi yang menarik perhatian Muhammad Abduh adalah pemikiran-pemikiran Mu‘tazilah”

Malahan Sulayman Dunya, ulama al-Azhar yang terkenal, dalam tahqiqnya yang terperinci terhadap Hashiyah (komentar) ‘Abduh ke atas kitab Sharh al-Dawwani li al-‘Aqa’id al-‘Adudiyah (1876), memandang dan meletakkannya “sebagai lebih radikal dari Mu‘tazilah dalam memberi keutamaan yang lebih besar kepada akal ketimbang dari wahyu”

Pemahamannya adalah berasaskan faham salafiyah islahiyah yang dipelopori Abduh, yang membawa prinsip salaf yang mendasar. Kerangka pemikiran ini dipertahankan Rida dengan tuntas di dalam usahanya melanjutkan rencana dan filsafatnya yang radikal, sebagai dianalisis oleh Andi Mappiaswan: “Dalam penulisannya, ia tidak pernah menyimpang dari metode yang ditempuh oleh gurunya, dan tidak pula menyimpang dari jalan pikirannya. Oleh karena itu, Syaikh Muhammad Abduh berkata: ‘pemilik al-Manar adalah penterjemah fikiran saya”.

Pengaruh Rida yang meluas dalam pergerakan moden dimungkinkan dari kemasyhuran pengaruh al-Manar dan kepeloporannya dalam menegosiasi Islam dan modernitas. Pengaruh itu juga dimungkinkan oleh penyebaran idea-idea reformis di kepulauan Melayu-Indonesia dan arus modernisme yang menyerbu dari Timur Tengah yang dibawa bekas pelajar-pelajar asal Minangkabau di al-Haramayn dan lulusan al-Azhar yang terkesan dengan pengaruh pembaharuan dan paham-paham baru yang digembleng al-Manar.

Perjuangan yang digerakkan kaum modernis lewat kurun ke 19 itu telah menimbulkan semangat perubahan dan mengilhamkan kekuatan dan keyakinan baru dalam sejarah moden. Cita-cita pembaruan yang signifikan di kepulauan Melayu-Indonesia ini banyak diilhamkan al-Manar di mana “perjuangan ulama Kaum Muda memartabatkan kedudukan orang Melayu dan umat Islam khususnya dalam bidang pendidikan jelasnya amat selari dengan saranan Sayyid Muhammad Rasyid Rida yang dimuatkan dalam majalah al-Manar dan Tafsir al-Manar yang banyak tersebar di Tanah Melayu.”

 

Program: 

0930-1000:      Pendaftaran

1000-1005:      Ucapan oleh Pengerusi majlis, Mohd Rashidi Nasharuddin

1005-1010:      Ucapan pembukaan oleh Dr Muhammad Irwan Ariffin, Timbalan Presiden, Academic WkaStaff Association, International Islamic University Malaysia

1010-1040:      Ucaptama oleh Al-Fadhil Dato’ Wira Al-Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia

1040-1045:      Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa

1045-1145:      Pembentang I: Dr M. Faisol Fatawi

Visi Pemikiran Pembaharuan Muhammad Rashid Rida: Dari Membuka Pintu Ijtihad Hingga Kritik Terhadap Teologi Islam

1145-1245:      Perbincangan dan soal jawab

1245-1430:      Makan tengahari dan solat

1430-1530:      Pembentang II: Dr Sohirin Solihin

Pemikiran Reformis Sheikh Rashid Rida dan Upaya Kebangkitan Ummat

1530-1630:      Pembentang III: Dr Azhar Ibrahim

Meredhai Kejumudan adalah Kejahatan: Rashid Rida dan Perpanjangan Idea Pembaharuan

1630-1730:      Perbincangan dan soal jawab

1730:               Minum petang dan bersurai

 

Profil Para Pembicara

Al-Fadhil Dato’ Wira Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin adalah ulama yang terkenal lagi disegani. Beliau adalah anggota Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang aktif dan dipilih sebagai Presidennya dari tahun 1999 hingga 2003. Beliau juga memimpin gerakan Islam yang lain yakni Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Kini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara [PAN], parti politik baru yang memperjuangkan politik Islam. Beliau juga adalah anggota Majlis Islam yang berprestij dan termasyhur, Al-Ittihaad al-‘Aalami li’ Ulama’i al-Muslimin - Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, yang diasaskan pada tahun 2004 dan diketuai oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawy.


Dr M. Faisol Fatawi adalah pensyarah di Jurusan Bahasa dan Sastra Arab Fakultas Humaniora Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang. Meraih gelar Doktor (Dr.) di Pascasarjana Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel Surabaya pada tahun 2015, pada konsentrasi Pemikiran Islam. Disertasi beliau berjudul “Naratologi al-Qur’an: Struktur dan Fungsi Naratif Kisah Nabi Musa dalam al-Qur’an”. Beliau telah menerjemahkan buku-buku keislaman dan sastra Arab kedalam bahasa Indonesia, diantaranya Naguib al-Kailani, Merpati Ladang Kapas (2001), Khalil Abdul Karim, Hegemoni Quraisy (2002), Ali Harb, Kritik Nalar al-Qur’an (2003), Naguib Mahfoudz, Demit (2003), dan Khalil Abdul Karim, Historisitas Syari’ah Islam (2003). Beliau juga telah menulis beberapa buku, diantaranya Tafsir Sosiolinguistik (2009), Hermeneutika Gender (2011), dan Seni Menerjemah (2009). Dr M. Faisol turut menjadi kontributor penulisan buku Intelektualisme Islam: Melacak Akar-akar Integrasi Ilmu dan Agama (2009), Pemikiran Islam: Sebuah Catatan Ensiklopedis (2012), Kitab Santri: Antologi Pengalaman dan Pendidikan Moral di Pesantren (2018), dan Aku, Buku, dan Peradaban (2018). Selain itu, beliau juga aktif dalam organisasi sosial keagamaan; menjadi Ketua Lembaga Kajian dan Pengembangan SDM (Lakpesdam) PCNU Kota Malang, Wakil Ketua Lajnah Ta’lif wan Nasyr Nahdlatul Ulama (LTNNU) Wilayah Jawa Timur. Beliau juga ialah Founder Halaqah Literasi, sebuah forum pegiat literasi yang berkomitmen untuk menggerakkan dunia literasi anak negeri dengan menginformasikan ide dan pengalaman dalam sebuah karya tulis.


Prof. Madya Dr. Sohirin Muhammad Solihin,
adalah pensyarah di Jabatan Qur’an dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga pernah menjadi pengurus Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah (PCIM) Malaysia. Belau adalah lepasan Al-Azhar Mesir dan telah mendapat M.A. daripada Markfield, dan Ph.D. daripada University of Birmingham. Di UK, beliau pernah bekerja di Yayasan Islam, Leicester, dalam unit khusus Christian-Muslim Relations. Antara buku yang dikarang belau adalah Copts and Muslims in Egypt: A Study on Harmony and Hostility (1991) Studies on Sayyid Qutb's Fi Zilal Al-Qur'an(1999), Hermeneutics as New Method of Qur'anic Exegesis Critical Views on the Approach of Liberal Muslim Scholars (2005), Islam and Politics: Emergence of Reformative Movement in Indonesia (2006). Beliau juga adalah pengarang buku Mohammad Natsir: Islamic Intellectualism and Activism in the Modern Age (2013).


Dr Azhar Ibrahim
adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008. Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Temple University, USA (2010/2011). Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam. Masyarakat Melayu-Indonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga antarabangsa.




View original article at: https://irfront.net/post/events/seminar-pemikiran-reformis-siri-xvii-rashid-rida/