Follow Us!
-
Recent Posts
- Blurb to the Malay Translation of Islam, Authoritarianism, and Underdevelopment: A Global and Historical Comparison
- Preface to the Malay Translation of Islam, Authoritarianism, and Underdevelopment: A Global and Historical Comparison.
- Kata Pengantar Edisi Terjemahan Bahasa Melayu “Islam, Autoritarianisme, dan Kemunduran: Suatu Perbandingan Global dan Pensejarahan.”
- USRAH: THE MESSAGE OF THE QUR’AN – Surah Al-Insyiqāq
- Reading Session on “Tema-tema Agung Al-Qur’ān” Terjemahan “Major Themes of the Qur’ān” by Fazlur Rahman With Ahmad Muziru Idham
Categories
Wacana Pemikiran Reformis – Farish Noor
Islam sebagai sebuah sistem kepercayaan yang dinamik terbukti melalui kompleksiti dan cabaran yang dilalui oleh umat Islam di serata dunia. Cabaran yang dilalui umat Islam serata dunia ditambah dengan kecenderungan untuk melihat Islam dengan pandangan miopik dan reduksionis, ekoran kejadian 9-11 dan apa yang kononya disebut War on Terror – Peperangan Terhadap Keganasan, yang mana lebih daripada sekadar sebuah peracangan untuk menggambarkan Islam dengan nada negatif bagi menjustifikasikan kompleks industri ketenteraan global yang berterusan.
Menghadapi latar yang keliru inilah yang menyebabkan perjuangan untuk memberikan nafas, dinamik dan kekuatan kepada normatif pemikiran dan praksis umat Islam berterusan. Dan konteks ini jugalah yang menggerakkan penulisan artikel-artikel di dalam buku ini. Wacana Pemikiran Reformis muncul tepat pada masanya dalam bidang persuratan pemikiran kontemporari Muslim, kerana ia mengajukan keperihatinan masa ini terhadap masyarakat Islam moden yang terperangkap dalam kebuntuan.
Masyarakat Muslim telah terdedah kepada kesan globalisasi, urbanisasi, pendidikan massa dan kemajuan sosio-budaya yang dibawa melalui emansipasi wanita, golongan marhein dan anak muda dikota; tetapi pada masa yang sama mereka tidak mampu memanfaatkan kuasa globalisasi disebabkan proses marjinalisasi ekonomi dan politik. Oleh itu, bagaimanakah umat Islam hari ini dapat maju dan menjadi aktor sepenuhnya masa dalam pentas pembangunan global?
Esei-esei di dalam antologi ini ditulis dengan mempertimbangkan perkara- perkara ini; jelas dan jujur dalam penilaian mereka, dan bertenaga dalam penampilanya. Ia mengajak kita untuk menilai kembali ide-ide generasi awal para pemikir Islam modernis dan reformis; juga pada masa yang sama mengingatkan kita keperluan untuk membicarakan realiti di depan mata kita hari ini berkenaan persoalan pluralism, demokrasi, hak-hak wanita dan keperluan untuk meletakkan keperihatinan kita pada waktu ini dan mencari jawapan untuk masa hadapan.
Dr. Farish A. Noor,
Senior Fellow, RSIS, Nanyang Technological University Singapore, dan Visiting
Professor, Sunan Kalijaga Islamic University Jogjakarta dan Universitas
Muhamadiyah Surakarta (UMS).
Follow Us!