Kata Pengantar Editor “Wacana Pemikiran Reformis: Jilid II”
October 13, 2014

“Selama manusia hidup, pergulatan tidak akan berhenti antara dogma dan pencarian yang bebas, antara agama dan falsafah; pergelutan yang gawat yang mana, saya khuatir, kemenangan tidak akan berpihak kepada pemikiran yang bebas, kerana kebanyakan massa tidak menyukai nalar, dan ajarannya hanya dapat difahami oleh sesetengah yang cerdas daripada kelompok elit…”

[Jamaluddin al-Afghani]

Bahagian yang paling menggugah daripada fokus Afghani terhadap kejatuhan peradaban Islam, bukan pada siapa yang dipersalahkannya kerana kejatuhan itu, tetapi pada bagaimana beliau mencadangkan untuk menjungkirbalik kejatuhan tersebut. Dari perspektif ini, seorang pengamat dapat dengan tepat membedah mekanisme yang mempengaruhi ide Afghani tentang keruntuhan peradaban.

Ia menzahirkan bahawa Afghani tidak cuma mengkritik kekolotan agama dalam dunia Islam dalam “Reply to Renan” [Jawapan kepada Renan]; sebaliknya, beliau mengkritik cara di mana ulama’ menggunakan kekolotan agama sebagai wahana untuk mengekalkan stagnasi intelek.

Natijahnya, inovasi kuasa mutlak raja dengan mudah digandingkan dalam sistem politik dalam tamadun Islam dan dipertahankan oleh ulama’ sebagai Islamik. Adalah jelas bahawa kekangan terhadap pemugaran falsafah adalah punca kepada keruntuhan agama dan masyarakat Islam; maka terhadap sasaran inilah di mana Afghani mengarahkan kritikannya terhadap Renan.

1.Para5.AfghaniDalam “Jawapan kepada Renan”, Sayyid Jamaluddin al-Afghani merespon syarahan Ernest Renan “Islam dan Sains” seperti yang diterbitkan dalam Journal des Debats pada 29 Mac 1888, di mana Afghani mencabar tesis Renan bahawa kaum Arab, dengan natur bangsa, masyarakat dan agama mereka, sering tidak berdaya membangunkan pemikiran rasional.

Sementara dunia Islam kini terkebelakang dalam pemacuan sains dan pemikiran rasional, Afghani menangkis; hal ini bukanlah perkara yang seringkali terjadi. Afghani tekankan bahawa tesis Renan tidak saintifik kerana ia tidak mempertimbangkan kenyataan bahawa kesemua institusi agama menentang pemikiran bebas dalam beberapa fasa dalam sejarah mereka.

Cabaran yang kita depani kini adalah serupa dengan yang dihadapi oleh generasi reformis sebelum kita: kelumpuhan daya intelektual. Apabila kita mencanangkan “Reformasi Islam”, ia tidak bermaksud bahawa kita memperbaharui pilar-pilar agama itu sendiri. Reformasi pada dasarnya adalah memperbaharui pemahaman tentang bagaimana agama harus dipraktikkan dalam abad ke 21.

Maka bukanlah suatu keterlaluan untuk mempotretkannya sebagai kebangkitan semula mazhab rasional – atau dikenali sebelumnya sebagai muktazilah – dalam dunia Islam. Sebagaimana kaum rasionalis meyakini bahawa salah satu sifat Tuhan yang penting adalah adil, lantaran itu manusia harus memiliki kehendak yang bebas. Manusia harus menggunakan daya nalarnya yang dikurniakan Tuhan untuk mengecam antara yang benar dan salah dan untuk menegak keadilan.

240610 - Invitation

Ayat yang membentuk “slogan” IRF: “Liqaumin yatafakkarun” – untuk kaum yang berfikir – adalah untuk menekankan kepentingan “aql”. Sebagaimana ditegaskan berulang kali oleh salah seorang pemikir teragung dalam sejarah Islam, al-Ustaz al-Imam Muhammad Abduh; tidak ada percanggahan antara “Iman” dan “Akal”. Jika terdapat semacam percanggahan antara “Akal” dan “Wahyu”, maka haruslah diandaikan bahawa satu atau lainnya telah disalahtafsirkan; kerana keduanya pada dasarnya merupakan dua cara yang berbeza untuk menyampaikan satu kebenaran Ilahi.

Tajdid” atau “Pembaharuan” yang sebenar, dan “Islah” atau “Reformasi” hanya boleh dicapai jika kita mampu menggunakan daya intelek atau aql kita. Terdapat sesetengah kumpulan manusia dalam masyarakat kita yang mencanangkan agenda Tajdid; walaubagaimanapun, kelompok ini yang sering menampilkan diri mereka sebagai satu-satunya “Salafi yang haq”, dengan membuat pendekatan literal dan reduksionis terhadap pemahaman al-Qur’an dan as-Sunnah. Sesungguhnya pendekatan literal semasa telah gagal untuk memberikan jawapan yang secukupnya kepada cabaran kontemporer.

Golongan yang dikenali sebagai “Salafi yang hakiki” ini gagal untuk menggariskan pemisahan yang jelas antara “adh-dhawabit” atau yang kekal dan “al-mutaghayyirat” atau yang berubah. Mereka taksub pada menyonsong semula ke masa lampau, berpatah balik ke zaman “as-salafus-salih” sebagai para pendahulu yang bertaqwa, berbanding menghadapi isu-isu mutakhir dengan menggunakan daya nalar yang dikurniakan oleh Allah. Kekeliruan wujud antara prinsip dan model, antara hukum dan bentuknya, dan ini membawa kepada bentuk reduksionis yang sangat kaku dan eksklusif.

Justeru, memang tidak dinafikan, kesederhanaan ditetapkan kepada umat Islam. Namun dari perspektif kaum literalis, hanya satu cara kesederhanaan yang wujud, hanya dengan mengikuti Nabi, para Sahabatnya dan golongan salaf, dan berpakaian serupa seperti mereka, dengan pakaian yang sama, dan inilah satu-satunya rujukan yang mungkin. Ia dapat dilihat di sini bagaimana prinsip kesederhanaan telah dijabarkan penyataannya dalam rangka dan konteks sejarah yang spesifik. Seseorang dapat memahami dan menerima penjabaran tersebut jika penganjurnya hanya mengekspresinya untuk diri mereka. Bahkan, mereka tidak, dan pendekatan yang eksklusif itu telah dilengkapkan dengan konstruksi hukum untuk membatalkan interpretasi yang lain.

Dengan kegagalan untuk membezakan antara “yang kekal” dan “yang berubah”, kaum literalis kontemporer atau “salafiyyah harfiyyah” meneruskan rangkaian kekeliruan yang lain melibatkan konsekwensi yang besar. Kerana pada tahap hubungan dalam masyarakat manusia, membezakan antara yang kekal dan yang berubah memungkinkannya untuk menetapkan perbezaan yang fundamental antara prinsip dan model.

Justeru, prinsip keadilan, kesetaraan, hak asasi dan persaudaraan manusia yang telah memandu Nabi sesungguhnya kekal sebagai bingkai rujukan melangkaui zaman, tetapi model kota Madinah yang ditemui oleh Nabi pada abad ke-7 adalah realisasi sejarah yang terikat dengan realiti dan keperluan pada zamannya. Untuk mengelirukan prinsip-prinsip yang kekal dan model sejarah adalah bersifat simplistik. Manakala mengidealkan sesuatu dalam momen sejarah dengan menyusutkan prinsip universaliti Islam kepada mimpi yang mustahil untuk berpatah ke zaman lampau, yang tidak bertanggungjawab yang bersifat “nostalgik kepada asal usul” (nostalgia of origins)

3.Para15Zaman Keemasan bukan period nostalgia yang menyaksikan perabadan sains, seni dan penemuan yang mekar bercambah. Bahkan, kebebasan untuk berfikir, bersuara dan mempertaruh ide-ide asli memaknakan banyak peradaban Muslim yang lahir merentangi dunia Islam, dari Baghdad ke Sepanyol di Barat dan India, China dan Nusantara di Timur. Ambil sebagai contoh, kemajuan di bawah Khalifah Abbasiyah pada abad ke-8 – iaitu ketika pemerintahan Muktazilah – yang menyaksikan penerobosan algebra, astronomi, perubatan, kesusasteraan dan malahan teknologi pertanian, merupakan kebangkitan yang masih dianggap jauh melampaui zamannya.

Kemajuan ini tidak tumbuh dengan sendirinya (de novo), tetapi lahir daripada pertembungan ilmu yang diwarisi daripada peradaban Yunani, Rum, Parsi, China dan India. Tetapi budaya penerokaan dan uji kaji dapat juga ditemui dalam ide-ide baru tentang agama yang berkembang ketika itu. Hal ini ketika era di mana dunia Islam menjadi pusat intelek untuk pengajian, di mana Baitul Hikmah didirikan. Umat Islam dan bukan Islam berganding bahu untuk menterjemah dan menghimpunkan seluruh pengetahuan yang mungkin diraih mereka pada waktu itu ke dalam bahasa Arab.

Sesungguhnya asas yang berurat berakar dalam budaya intelektual pada waktu itu tidak lain melainkan mazhab kalam “Muktazilah” yang rasional. Mereka diilhamkan oleh hadith dan ayat-ayat al-Qur’an yang menekankan nilai ilmu, perenungan dan penemuan dalam Islam. Mazhab Muktazilah mendakwa, antara lain, bahawa manusia mempunyai kehendak bebas yang mutlak, dan bahawa perbuatan kita tidak ditakdirkan.

Mereka melakukan itu untuk melindungi kesucian Tuhan yang total daripada sebarang kejelekan di dunia ini, sambil meletakkan tanggungjawab terhadap semua perbuatan bejat kepada manusia: dengan perkataan lain, manusia harus punyai kuasa untuk memilih tindakan mereka supaya dapat diperhitungkan ke atas mereka. Dengan itu, manusia akan menerima ganjaran yang selayaknya di syurga atau pembalasan di neraka sebagai natijah daripada pilihan mereka yang baik atau buruk.

Komitmen terhadap autonomi manusia ini dan ketinggian sifat transenden Tuhan juga telah membawa mereka untuk menyimpulkan bahawa al-Qur’an itu diciptakan, dan bukan “tidak diciptakan”. Jika tidak, ia akan diangkat hampir ke tahap tuhan kedua, sesuatu yang berbenturan dengan faham tauhid Islam yang muktamad. Hal ini membawa kepada rumusan yang penting di mana al-Qur’an yang diciptakan itu dapat ditafsirkan; manakala al-Qur’an yang tidak diciptakan hanya boleh diterapkan.

4.Para20Sebagaimana aneh kesemua ini terdengar kepada Muslimin masakini, ia bagaimanapun adalah kenyataan sejarah bahawa kaum Muktazilah telah bertahan sebagai mazhab kalam yang paling dominan di Baghdad selama hampir tiga abad. Justeru ide tentang kebebasan, baik kebebasan naluri, kebebasan bersuara, kebebasan berucap atau kebebasan untuk membaca apa jua yang kita ingin baca, bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia Islam klasik. Kaum Berakal (People of Reason) jelas mencita-citakannya. Dan mereka mungkin telah menuju kepada pembikinan konsep “hurriyyah” atau kebebasan yang asli.

Malangnya hari ini, umat Islam kontemporer hanya melengong semula kepada penaklukan militer kita sebagai bukti yang mudah tentang kemegahan sejarah Islam, sedangkan realiti yang demikian itu hanyalah secebis dan terlalu jarang. Apa yang tidak dapat dinafikan sebenarnya adalah kedalaman pengkajian dan penerokaan yang umat Islam telah rintis sepanjang abad itu hanya berlaku semata-mata kerana keghirahan kepada ilmu yang merupakan sebahagian dan separuh daripada paduan kebudayaan Islam ketika itu.

Hal ini tentunya bukanlah untuk melakarkan gambaran yang sempurna dan optimis tentang zaman silam. Tetapi ia mencadangkan bahawa faham kemajuan umat Muslimin tidak harus dimaknai dalam bentuk kuasa negara, atau kawalan terhadap kehidupan orang lain tetapi pencarian yang asli, penerokaan ilmu dan penemuan dunia. Kesemua ini tentunya, sangat bertentangan dengan kenyataan hari ini, ketika pematuhan, lazim dengan kerahan kuasa telah menjadi norma dalam masyarakat Muslim. Umat Islam hanya diminta untuk tunduk dan mendengar kepada penguasa yang meraih kuasa dengan sebab yang serampangan yang tidak ada sangkut paut dengan sama ada atau tidak mereka memahami akan dunia kemodenan sejagat di mana kelompok muda Islam hidup hari ini.

Screen Shot 2014-10-12 at 11.50.22 PMHal inilah yang merupakan cabaran baru yang menghadap kita. Yang paling penting adalah membebaskan fikiran umat Islam daripada kebekuan intelektual. Sesungguhnya penulisan-penulisan dalam buku ini, “Wacana Pemikiran Reformis Jilid II” amat selari dengan pencarian kami bagi penjelajahan ini. Pada dasarnya umat Islam perlu berfikir, dan memikir berulang kembali tentang agenda penting ini. Manusia harus mampu menggunakan daya nalar untuk mendepani cabaran kemodenan. Dan hal inilah yang menjadi landasan bagi pembaharuan yang kami cita-citakan.

Islamic Renaissance Front adalah suara akliah (voice of reason) yang mempromosikan wacana intelek, reformasi dan pembaharuan dalam masyarakat kita dan agama Islam ini bagi zaman baru ini.

“Aku tidak menghendaki kecuali pembaikan (al-islah) dengan sedaya upayaku. Tiada petunjuk bagiku selain dari Allah”. [Surah Hud: 88]


Dr Ahmad Farouk Musa adalah Direktor di Islamic Renaissance Front. Buku Wacana Pemikiran Reformis: Jilid II boleh didapati di Gerak Budaya.

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022