Book Dissection: “Islam Tanpa Keekstreman” by Mustafa Akyol – Bahagian II

February 23, 2016


Book Dissection Part II

Date: Ahad, 28 Februari 2016
Time: 11AM-1PM
Venue: Graha Pemuda, Sri Hartamas

Registration: https://www.eventbrite.com/e/book-dissection-islam-tanpa-keekstreman-by-mustafa-akyol-bahagian-ii-tickets-22082681896

Presenter: Dr NurAshraf Mohd Noor

Organized by: Islamic Renaissance Front (LOGO)

Bahagian pertama daripada buku ini telah melihat era pertembungan dua mazhab utama teologi Islam; Mazhab Rasionalis Muktazilah yang bertemu dengan Mazhab Asy’airah. Bagaimana rasionalisme dan ide-ide yang lebih liberal yang muncul dalam abad-abad terawal Islam gagal diketengahkan dalam jangkamasa panjang; dan beban kejumudan intellektualisme dikalangan umat adalah akibat lansung daripada Mazhab Asy’airah yang telah berjaya menjadi mazhab yang dominan dalam dunia Islam.

Bahagian kedua ini akan memperkatakan tentang sejarah yang berlaku tidak lama dulu tentang Empayar Uthmaniyyah, kuasa besar Muslim dari abad keenam belas hingga ke abad kedua puluh. Dan menumpukan kepada bagaimana elit Uthmaniyyah telah mengimport ide-ide liberal dan institusi-institusi dari Barat dan, yang paling penting, mereka telah mencari persamaannya dengan Islam.

Kemudian kita akan mengkaji anomali abad kedua puluh, yang memberi kita bentuk penindasan, militan, malah keganasan atas nama Islam: Islamisme. Seperti yang akan kita lihat, ideologi moden ini, yang agak berbeza daripada agama yang berusia 14 abad yang menjadi rujukannya, adalah terpesong secara sendiri; tetapi juga telah salah diperlakukan secara bersangatan oleh musuhnya, termasuklah Barat.

Dan dalam bahagia terakhir ini juga, kita akan tumpukan kepada Islam di Turki zaman moden. Ia adalah kisah yang luar biasa tentang Turki, yang sebahagian besarnya tanpa disedari oleh Barat, mewakili sintesis yang semakin meningkat antara Islam dan liberalisme. Warisan Uthmaniyyah sudah pasti memainkan peranan di sini, bersama-sama dengan umat Islam Turki yang telah belajar daripada interaksi mereka dengan kuasa-kuasa sekular di negara ini. Tambahan pula, Turki kebelakangan ini menjadi pentas bagi satu eksperimen yang belum pernah berlaku dalam sejarah umat Islam: kebangkitan Muslim kelas pertengahan yang mula menafsir semula agama dengan pola fikir yang lebih moden.

Kesannya, sebagaimana pemerhati Turki baru-baru ini katakan, mereka mahu mendengar tentang “al-Qur’an dan kebebasan,” dan bukannya “al-Qur’an dan ketaatan.”
`

Program:

1100-1110: Ucapan moderator, Imran Mohd Rasid
1110-1200: Pembentangan tentang Islam Tanpa Keekstreman – Bahagian II oleh Dr Nur Asyhraff Mohd Noor
1200-1300: Perbincangan dan soal jawab
1300: Makan tengahari