Seminar Pemikiran Reformis – Siri XVI: Abd al-Rahman al-Kawakibi

June 13, 2019



Tarikh
: Sabtu, 22 Jun 2019
Masa: 930AM – 530PM
Tempat: Patio 2 Level 2, Concorde Hotel, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur

Perasmian oleh YB Saari Sungib
ADUN Hulu Kelang

Panelis:
Dr M Faisol Fatawi, Universitas Islam Negeri Malang, Indonesia
Dr Sohirin Muhammad Solihin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dr Azhar Ibrahim, National University of Singapore

Moderator:
Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa, Islamic Renaissance Front

Anjuran:
Islamic Renaissance Front & Academic Staff Association, International Islamic University Malaysia

Daftar di:  https://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-xvi-abd-al-rahman-al-kawakibi-tickets-63421347959

‘Abd al-Rahmān Ahmad al-Kawākibī (1855-1902) merupakan seorang pejuang pembebasan yang penting dalam riwayat perjuangan dan pergerakan nahdah pada akhir kurun ke 19, dan merupakan salah seorang pemikir reformis Islam yang paling berpengaruhdi timurMediteranean. Beliau merupakan salah seorang intelektual yang termasyhur di zamannya; dimana pemikiran serta tulisannya yang terpenting kekal mempunyai hubungan yang relevan dengan isu-isu seputar identiti Islam dan Pan-Arabisme. Kritiknya terhadap empayar Uthmaniyah akhirnya mendorong masyarakat Arab menuntut kedaulatan bagi bangsa-bangsa Arab, yang melantarkan asas bagi nasionalisme Pan-Arab.

Terpengaruh oleh idea-idea reform Jamal al-Din al-Afghani (w. 1897) dan Muhammad Abduh (w. 1905), al-Kawākibī mendukung kemerdekaan Arab dan khalifah Arab yang dipilih dengan kuasa yang terbatas sebagai asas bagi kebangkitan Islam. Semangat perjuangannya dalam membela kaum tertindas dan menyingkirkan ketidakadilan menarik perhatian luas kelompok yang daif dan melarat, yang menjulukinya sebagai Abū al-Du‘afā’, “bapanya kaum yang lemah”.

Ia turut menganjurkan pemurnian Islam yang asal, mendakwa bahawa penyimpangan-penyimpangan dan konsep-konsep yang asing seperti mistisisme, fatalisme, perpecahan mazhab dan taqlid buta telah membawa kepada kejahilan dan penyerahan kepada ulama’ yang beku dan pemerintah despotik yang menekan kebebasan, mendorong agama yang palsu, dan merosakkan sistem moral, sosial, pendidikan, dan kewangan umat Islam, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Empayar Uthmaniyah. Terkesan dengan filsafat rasional yang dinamik dan progresif dari al-Afghani dan Abduh, beliau cuba membawa pengaruh dan idealisme moden yang diperjuangkan dalam memperbaharui pemikiran dan menggerakkan kebangkitan umat.

Menurut al-Kawākibī, Islam dilahirkan bersifat demokratik, tetapi telah dirubah menjadi alat absolutisme (pemerintahan totaliter). Hanyutan ini akan berterusan sampai hari kiamat, sehingga umat Islam menerima-pakai cara politik berasaskan prinsip musyawarah atau demokrasi dalam ertikata moden ketika ini.

Program:
0930-1000:     Pendaftaran
1000-1005:     Ucapan oleh Pengerusi majlis, Mohd Rashidi Nasharuddin
1005-1020:     Perasmian oleh YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang
1020-1035:     Ucapan pembukaan oleh Dr Muhammad Irwan Ariffin, Timbalan Presiden, Academic Staff Association, International Islamic University Malaysia
1035-1045:      Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
1045-1145:     Pembentang I: Dr M. Faisol Fatawi “Mendialogkan Agama dan Politik: Refleksi Atas Pemikiran Pembaharuan Abdurrohman al-Kawakibi
1145-1245:     Perbincangan dan soal jawab
1245-1430:      Makan tengahari dan solat
1430-1530:     Pembentang II: Dr Sohirin Solihin “Teologi Pembebasan dan Reformisme Keagamaan : Kontribusi Pemikiran Syeikh al-Kawakibi
1530-1630:     Pembentang III: Dr Azhar Ibrahim “Obor Pencerahan Abdul Rahman al-Kawakibi – Menggugat Despotisme, Menggagas Watani dan Ilmi
1630-1730:     Perbincangan dan soal jawab
1730:               Minum petang dan bersurai

Profil Para Pembicara
Dr M. Faisol Fatawi adalah pensyarah di Jurusan Bahasa dan Sastra Arab Fakultas Humaniora Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang. Meraih gelar Doktor (Dr.) di Pascasarjana Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel Surabaya pada tahun 2015, pada konsentrasi Pemikiran Islam. Disertasi beliau berjudul “Naratologi al-Qur’an: Struktur dan Fungsi Naratif Kisah Nabi Musa dalam al-Qur’an”. Beliau telah menerjemahkan buku-buku keislaman dan sastra Arab kedalam bahasa Indonesia, diantaranya Naguib al-Kailani, Merpati Ladang Kapas (2001), Khalil Abdul Karim, Hegemoni Quraisy (2002), Ali Harb, Kritik Nalar al-Qur’an (2003), Naguib Mahfoudz, Demit (2003), dan Khalil Abdul Karim, Historisitas Syari’ah Islam (2003). Beliau juga telah menulis beberapa buku, diantaranya Tafsir Sosiolinguistik (2009), Hermeneutika Gender (2011), dan Seni Menerjemah (2009). Dr M. Faisol turut menjadi kontributor penulisan buku Intelektualisme Islam: Melacak Akar-akar Integrasi Ilmu dan Agama (2009), Pemikiran Islam: Sebuah Catatan Ensiklopedis (2012), Kitab Santri: Antologi Pengalaman dan Pendidikan Moral di Pesantren (2018), dan Aku, Buku, dan Peradaban (2018). Selain itu, beliau juga aktif dalam organisasi sosial keagamaan; menjadi Ketua Lembaga Kajian dan Pengembangan SDM (Lakpesdam) PCNU Kota Malang, Wakil Ketua Lajnah Ta’lif wan Nasyr Nahdlatul Ulama (LTNNU) Wilayah Jawa Timur. Beliau juga ialah Founder Halaqah Literasi, sebuah forum pegiat literasi yang berkomitmen untuk menggerakkan dunia literasi anak negeri dengan menginformasikan ide dan pengalaman dalam sebuah karya tulis.

Prof. Madya Dr. Sohirin Muhammad Solihin, adalah pensyarah di Jabatan Qur’an dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga pernah menjadi pengurus Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah (PCIM) Malaysia. Belau adalah lepasan Al-Azhar Mesir dan telah mendapat M.A. daripada Markfield, dan Ph.D. daripada University of Birmingham. Di UK, beliau pernah bekerja di Yayasan Islam, Leicester, dalam unit khusus Christian-Muslim Relations. Antara buku yang dikarang belau adalah Copts and Muslims in Egypt: A Study on Harmony and Hostility (1991) Studies on Sayyid Qutb’s Fi Zilal Al-Qur’an(1999), Hermeneutics as New Method of Qur’anic Exegesis Critical Views on the Approach of Liberal Muslim Scholars(2005), Islam and Politics: Emergence of Reformative Movement in Indonesia(2006). Beliau juga adalah pengarang buku Mohammad Natsir: Islamic Intellectualism and Activism in the Modern Age(2013).

Dr Azhar Ibrahim adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008. Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Temple University, USA (2010/2011). Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam. Masyarakat Melayu-Indonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga antarabangsa.