Rangsang Sari Antologi Seminar Pemikiran Reformis – Jilid 1
November 26, 2019

Faisal Tehrani ||10 November 2019

Buku ini umpamanya satu hentian untuk pembaca yang mencari-cari semua wacana Islam Progresif di dalam satu genggaman. Syafii Maarif, Azhar Ibrahim, Syafiq A. Mughni, Maszlee Malik, Haidar Bagir, Pradana Boy ZTF dan Ahmad Farouk Musa, antara tokoh yang ikut menyumbangkan analisis mendalam sari pati pemikiran dan gagasan daripada figur serta pemikir ummah yang mempengaruhi dunia sebelah kita secara berimbang dan objektif. Reformis dan para filsuf yang ditampilkan bukan calang-calang merangkumi aneka mazhab dan gaya pendekatan daripada Hamka, Za’ba, Syed Shaykh al-Hady, dan Muhammad Asad. Kita ditanya kembali bagaimana harus bersikap dengan idea Ibnu Taimiyyah, Kiyai A. Hassan Bandung, Ali Shariati, dan Mohammad Natsir. Selain menghimbau kembali beberapa tokoh seperti Iqbal, Muhammad Abduh, dan Kiyai Ahmad Dahlan yang pernah menyuguhkan pengalaman relijius yang berbeza-beza. Menurut saya bacaan segar esais undangan menjelmakan sisi-sisi kekuatan wacana yang kontroversi, dan membantu mengukuhkan kewibawaan pemikir-pemikir ummah ini. Bukan keterlaluan untuk dihujahkan buku dari Seminar Pemikiran Reformis ini adalah sumbangan besar Islamic Renaissance Front untuk kefahaman generasi muda hari ini dan mendatang.


Dr Faisal Tehrani
Institut Alam & Tamaddun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022